Buat julung kalinya kami di Movie Addict Malaysia akan mengadakan Tayangan Premiere filem GIFTED, terima kasih buat rakan pengedar kami di 20th Century Fox. Sebanyak 146 tiket bakal dihadiahkan kepada para pembaca Movie Addict Malaysia yang bertuah. Filem berjudul GIFTED ini merupakan sebuah filem bergenre drama lakonan Chris Evans (Marvel’s Captain America: First Avenger), Jenny Slate, Lindsay Duncan dan Mckenna Grace, di bawah arahan Marc Webb ((500) Days of Summer, The Amazing Spider-Man). Bakal berada di pawagam mulai 27 April 2017 tapi istimewa buat pembaca Movie Addict Malaysia, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal.

Gifted_27April

Sinopsis Filem GIFTED: Seorang lelaki dalam perebutan di mahkamah menentang ibunya untuk mendapatkan hak penjagaan anak saudaranya yang kematian ibu bapa. Anak saudaranya yang bijak dalam matematik ini bagaimanapun mahu tinggal bersama lelaki itu.

Trailer filem GIFTED: 

Butiran Tayangan Premiere Movie Addict Malaysia – GIFTED

Tarikh: 19 April 2017
Masa Pendaftaran: 8.00 malam
Tayangan Filem: 9:00 malam
Tempat: Hall 2, TGV 1 Utama

Untuk menang 2 tiket ke tayangan premiere GIFTED, mudah saja. Anda hanya perlu menjawab dua soalan mudah dan tag lima (5) orang di ruangan komen, LIKE fanpage Movie Addict Malaysia, LIKE entry ini dan SHARE entry ini.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon filem GIFTED
2. Namakan pengarah filem GIFTED.

Tarikh tutup peraduan: 18 April 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Movie Addict Malaysia melalui Facebook.

Jangan lupa juga untuk follow Movie Addict Malaysia di Twitter dan Instagram ( @movieaddictMY ). Berikan respon anda pada filem ini melalui laman media sosial kami (Facebook, Twitter, Instagram) berserta hashtag #GiftedMAM dan #GiftedMY untuk lebih peluang buat anda memenangi tiket-tiket premiere di masa-masa akan datang.

Advertisements