17796655_1806941969626295_3929942421354818034_n

Mengikut kenyataan pelakon utama Dwayne Johnson, filem Jumanji 2 yang akan keluar pada tahun ini merupakan kesinambungan kepada filem klasik kanak-kanak Jumanji itu, dan bukanlah sebuah ‘reboot’ semata-semata. Filem ini telahpun menerima sebuah nama rasmi, iaitu Jumanji : Welcome to The Jungle. Selain daripada ‘The Rock’, ia mempunyai barisan pelakon yang cukup menarik, termasuklah, Kevin Hart, Jack Black dan juga Karren Gillian.

Berdasarkan sebuah klip ringkas dari filem yang ditayangkan di CinemaCon Las Vegas semalam, plot filem ini agak berbeza dari filem Jumanji pertama. Dalam filem ini, karakter-karakter utama bukan perlu mengalahkan makhluk-makhluk yang hidup dari ‘board game’, sebaliknya, empat orang budak sekolah ditarik ke dalam dunia sebuah video game pula, di mana mereka akan mengambil rupa empat orang dewasa, dan menempuh cabaran dan halangan dalam video game itu sendiri.

Filem arahan James Kasdan ini bakal mengembalilkan nostalgia di pawagam-pawagam Malaysia pada 21 December tahun ini.

Advertisements