Pada 14 hingga 19 April 1963 telah diadakan Festival Filem Asia buat kali ke – 10. Buat kali ke empat Tokyo terpilih menjadi tuan rumah untuk mengajurkan sebuah festival filem yang sangat betprestij di dalam Asia.

Delegasi dari Kuala Lumpur – Singapura diwakili oleh P.RAMLEE wakil tunggal dari Shaw Brothers manakala HUSSAIN HANIFF, LATIFAH OMAR, ROSYATIMAH, WAHID SATAY dan RAHMAH ALI mewakili Cathay-Keris. Antara filem Melayu yang bertanding di festival filem itu ialah IBU MERTUA KU (P.RAMLEE), LABU LABI (P.RAMLEE), CHUCHU DATOK MERAH (M.AMIN), MASOK ANGIN KELUAR ASAP (HUSSAIN HANIFF) dan BAYANGAN DI WAKTU FAJAR (USMAR ISMAIL).

17800115_1808611956125963_3623327264207452554_n

P.RAMLEE turut bertanding dalam ketegori Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem IBU MERTUA KU, tetapi beliau telah tewas di tangan salah seorang pelakon dari Seoul iaitu KIM SEUNG HO melalui filem ROMANCE GRAY. Sahabat P.RAMLEE dari Jepun TOSHIRO MIFUNE juga turut dicalonkan tetapi sama-sama tewas. P.RAMLEE tidak kecewa dengan kekalahannya itu cuma beliau mengatakan jikalau Juri dari Indonesia mengundi beliau dengan memberi dua mata sudah cukup untuk membuatkan beliau menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Akan tetapi filem IBU MERTUA KU berjaya memenangi anugerah Sinematografi Terbaik (hitam & putih) – A.BAKAR ALI.

Setelah selesai semua penyampaian anugerah tersebut, salah seorang dari Juri yang ada telah meneliti filem IBU MERTUA KU. Beliau merujuk di atas kemenangan filem itu melalui Sinematografi Terbaik (hitam & putih). Apabila beliau teliti sedalamnya tentang filem itu, beliau mendapati filem ini sangat berbeza dengan filem-filem lain yang turut menyertai festival pada edisi itu. Mengapa insan yang bernama P.RAMLEE ini terlibat hampir keseluruhan di dalam pembikinan filem ini. Beliau PENGARAH, PELAKON, PENGGUBAH LAGU, PENYANYI dan PENULIS LAKON LAYAR untuk filem ini. Ini tidak pernah belaku katanya di dalam sejarah industri seni di asia malahan di dunia pada ketika itu.

Lantas Juri itu tadi telah mengutarakan perkara ini kepada kesemua juri-juri yang lain. Di masa itu juga telah diadakan perbincangan “kilat” sesama juri untuk menentukan apakah pengiktirafan yang patut diberi kepada seorang insan yang bernama P.RAMLEE melalui filem IBU MERTUA KU. Ketika perbincangan itu berlaku juga perselisihan pendapat dikalangan juri. Tetapi perkara ini dapat diselesaikan dan menemui titik persamaan. Semua hadirin yang hadir pada ketika itu ternanti nanti apakah yang dibincangkan oleh semua juri pada masa itu.

Akhirnya, 12 juri yang mengadili festival pada edisi kali itu telah sepakat dan sebulat suara memberi anugerah dari GOLDEN HARVEST AWADS : MOST VERSATILE TALENT kepada P.RAMLEE kerana kemampuan ajaibnya di dalam filem IBU MERTUA KU. Semua para hadirin yang hadir telah memberi standing ovation kepada P.RAMLEE termasuk bintang filem hindi yang terkemuka pada masa itu RAJ KAPOOR. Beliau mengatakan “He’s deserve it” (merujuk kepada P.Ramlee) kepada wartawan yang menemubual beliau.

Anugerah ini satu satunya ada pada P.RAMLEE dan tidak ada lagi dipertandingkan di mana mana anugerah seni di dalam dunia dari dulu hingga sekarang. HANYA PADA P.RAMLEE SAHAJA.

Credit penulis asal Hidir Ali Razali

Advertisements