Drama Festival Kuala Lumpur 2017 akhirnya sampai ke kemuncaknya. Satu anugerah Drama Festival Kuala Lumpur akan diadakan untuk memberi penghargaan kepada karyawan karyawan drama. Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) sudapun memasuki tahun keempat dengan mengangkat tema #CeritaKita.

17800300_1808627519457740_3701262762897875599_n

DFKL turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba bakat mereka dalam beberapa pertandingan selain diadakan bengkel. Antara penyertaan yang boleh disertai di DFKL oleh orang ramai seperti Sesi kongsi (pembentangan idea), Pertandingan Drama Pendek , dan Ujibakat Lakonan. DFKL 2017 mengadakan jelajah di tiga lokasi yang boleh disertai orang ramai.

Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 akan diadakan pada 9 April (ahad), jam 9 malam di saluran TV3. Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 akan dijayakan dengan tiga pengacara, Ag, Rita Rudaini dan Sherry Alhadad. Drama manakah akan memonopoli anugerah ini?

*Sesiapa nak tengok artis-artis melaram, boleh tengok karpet merah Anugerah DFKL pada hari yang sama, jam 8.30 malam di tv3

Sumber: DFKL dan TV9

Advertisements