Dengan pelancaran BBC Player baru-baru ini khas buat pelanggan perkhidmatan IPTV tempatan, HyppTV yang dikuasakan oleh Telekom Malaysia, peminat-peminat mini siri dan drama seperti The Honourable Woman (political spy thriller lakonan Maggie Gyllenhaal), SS-GB ( thriller sejarah lakonan Sam Riley dan Kate Bosworth) dan Love Nina (drama komedi adaptasi oleh Nick Hornby dari novel terlaris tulisan Nina Stibbe, lakonan Helena Bonham Carter) kini boleh menyaksikannya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan peranti Android dan iOS. Ianya sebahagian dari program TV di bawah saluran BBC First, salah satu jenama di bawah BBC Worldwide yang dilancarkan buat kali pertama di HyppTV dan di Malaysia pada bulan Oktober 2016. Ia menghimpunkan drama-drama premium dan original dari BBC dan syarikat-syarikat penerbitan British; iaitu koleksi kandungan terbaik dan menarik, termasuklah drama-drama paling popular dan unik di BBC.

17626379_1802546110065881_2750578407798481225_nThe Honourable Woman

17626338_1802546343399191_7437482795941240002_nSS-GB

17554048_1802546143399211_4036546637411227175_nLove Nina

Selain BBC First, lima saluran lain yang turut ditawarkan melalui BBC Player ialah BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle, CBeebies dan BBC World News, di mana pelanggan HyppTV Jumbo Pack boleh mengakses musim terbaharu rancangan Top Gear (S24), apabila ia mula ditayangkan pada bulan Mac secara eksklusif.

Majlis pelancaran BBC Player dan preview khas untuk para media telah berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur, dirasmikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, Ryan Shiotani, Naib Presiden Content Asia of BBC Worldwide, dan Myleeta Aga, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Asia Selatan dan Asia Tenggara, BBC Worldwide .

17626222_1802546090065883_9207060021785096742_n

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Sebagai peneraju perkhidmatan IPTV di negara ini, kami kekal komited untuk terus menambahbaik perkhidmatan kami dengan inovasi-inovasi terbaharu dan akan terus meneroka cara untuk menawarkan kepada pelanggan kami pengalaman tontonan yang lebih baik. Kerjasama terbaharu bersama BBC Worldwide bagi melancarkan BBC Player membolehkan kami menawarkan kepada pelanggan kandungan-kandungan berkualiti tinggi daripada BBC yang boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, bertepatan dengan janji kami, “Hidup Lebih Mudah”.”

Myleeta Aga, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Asia Selatan dan Asia Tenggara, BBC Worldwide berkata: “Kami teruja apabila Malaysia menjadi negara kedua di dunia yang melancarkan BBC Player. Kami yakin bahawa BBC Player juga akan mendapat sambutan baik di Malaysia. Para penonton di Malaysia dilihat amat menghargai dan mengiktiraf kandungan-kandungan premium dari BBC, dan kesemua saluran sedia ada kami di HyppTV, sememangnya popular dalam kalangan penonton. Kini, dengan BBC Player, kami memberi lebih banyak cara untuk rakyat Malaysia menonton kandungan kegemaran anda – apabila kami memberikan penonton di Malaysia kandungan sedia ada BBC menerusi pelbagai peranti, justeru mempertingkatkan pengalaman tontonan mereka. Selain itu, dengan jumlah peminat program Top Gear yang tinggi di Malaysia, kami amat berbesar hati untuk menayangkan siri Top Gear (S24) yang terbaharu di BBC Brit, eksklusif di BBC Player.”

“HyppTV dan BBC Worldwide telah mencapai pelbagai kejayaan bersama sejak beberapa tahun lalu. Kami yakin BBC Player telah membawa kerjasama ini ke satu tahap yang lebih baik,” tambah beliau.

Aplikasi BBC Player kini boleh didapati menerusi peranti Android dan iOS. Ia juga boleh didapati secara atas talian di www.bbcplayer.com.

17626434_1802546100065882_7680968848445234718_n

Advertisements