17632448_1803795233274302_5351848182183241505_o

Life [2017]
[Horror, Sci-Fi, Thriller]
Pengarah: Daniel Espinosa
Tarikh Tayang: 23 Mac 2017
Edaran: Sony Pictures

Sinopsis: Sekumpulan kru saintis di dalam International Space Station telah menemui bukti sel kehidupan dari planet Marikh. Sedang eksperimen dijalankan; mereka mula menyedari bahawa hidupan ini berevolusi dengan pantas, dan lebih bijak dari apa yang mereka sangkakan..

– Alien + Gravity. Yeah. Premis makhluk asing di dalam dalam kapal/stesen angkasa. Premis sebegini sudah sebati dengan francais Alien, sudah tentu tidak dapat dielak dari dicop sebagai peniru. Namun ada olahan tersendiri yang menarik. Sesuai sebagai pelapis baharu dalam genre sebegini.

– Rangka asas sahaja yg sama [maka boleh diagak jalan ceritanya], namun isi yang berbeza. Banyak aksi-aksi menarik dalam graviti sifar dipaparkan. Juga banyak prosedur teknikal yang menaikkan sisi realistik keadaan, bagaikan perkara ini boleh berlaku di dalam dunia sebenar.

– Hidupan yang diberi nama Calvin ini sangat kuat, lincah, pintar dan menggerunkan; merayap di dalam stesen. Serupa labah-labah + lintah + lipas + sotong kurita, bayangkan. Haha. Berjaya membuatkan saya ternanti-nanti apa yang akan berlaku. Kalau lintah sebesar kucing tapi laju macam labah-labah atau lipas merayap dalam rumah anda? Bayangkan.

– Grafik dan syot yang cantik, bukan sahaja terhad kepada syot aksi di dalam stesyen, juga terdapat aksi di luar stesen.

– Runut bunyi yang sedikit sebanyak menaikkan mood saspens, namun saya rasa macam pernah dengar gubahan lagu-lagunya, dan hanya diubah sedikit-sedikit.

– Pelakon-pelakon gred A tidak banyak membantu (termasuk Jake Gyllenhaal), kerana latar belakang setiap orang yang tidak sebegitu mendalam. Ada cubaan untuk menekankan sisi emosi namun tidak berkesan bagi saya. Hanya satu watak yang saya rasa cukup baik dari segi sejarah, emosi dan motifnya.

Rating: 7.5/10
Ditulis oleh: Syafiq Ghazali – panel penulis tetap Movie Addict

Advertisements