Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 atau DFKL yang berlangsung malam semalam sudah pun berjalan dengan lancar walaupun ada serba sedikit kekurangnya. Drama 7 Hari Mencintaiku menguasai Anugerah DFKL dengan membolot sampai enam anugerah termasuk Drama Pilihan. Selain Drama Pilihan, 7 Hari Mencintaiku turut membolot anugerah Aktor Pilihan (Syukri Yahya), Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Pasangan Pilihan, dan Lagu Tema Pilihan.

17757574_1810198329300659_7184452495949787239_n

Kemenangan besar hasil undian penonton ini sudah tentu menjadi penanda aras buat 7 Hari Mencintaiku sebagai antara drama terbaik dan disukai penonton. Malam Anugerah DFKL semalam diserikan dengan tiga pengacara bersama, Sherry Alhadat, Rita Rudaini dan AG. Antara para artis yang menghiburkan malam penuh gilang gemilangan selamam seperti Aiman Tino, Dayang Nurfaizah, Sissy Iman, Elyana dan ramai lagi. Kelibat Elyana menyanyi kembali lagu ost Dunia Baru, Kanta Cinta mengulet kembali kenangan penonton kepada drama bersiri Dunia Baru.

17884145_1810198415967317_7030159364258667966_n

Anugerah DFKL ini adalah penutup kepada Drama Festival Kuala Lumpur yang sebelum ini giat mengadakan bengkel dan membuka peluang kepada karyawan muda untuk menghantar filem pendek untuk dipertandingkan. Semoga acara ini diteruskan untuk memeriahkan industri drama tempatan.

17883719_1810198302633995_1879526238216910565_n

17861619_1810198242634001_5878203652759041587_n

*Berikut adalah senarai pemenang:

1: Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku
2: Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu
3: Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex
4: Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku
5: Aktor Pilihan: Syukri Yahya (7 Hari Mencintaiku)
6: Aktres Pilihan: Mira Filzah (Cintas si Wedding Planner)
7: Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
8: Penulis Skrip Pilihan: PGRS Team (7 Hari Mencintaiku)
9: Antogonis Pilihan: izzue Islam (Patahnya sebelah Sayap)
10: Pasangan Pilihan: Shukri yahya dan Siti Saleha(7 Hari Mencintaiku)
11: lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah

Sumber Media Prima: Tonton dan TV3

Advertisements