Beringin Astro

Satu lagi telemovie menarik yang akan mengisi slot Citra Exclusive, Beringin. Beringin diperkuatkan dengan lakonan mantap Sara Ali sebagai Nisa. Beringin mengisahkan Nisa yang baru sahaja sedar dari koma dan dihantar ke sebuah sekolah berasrama oleh mak ciknya. Pelbagai peristiwa pelik lagi misteri yang berkaitan dengan sebuah pohon beringin di sekolah itu. Apa yang misterinya? Adakah Nisa dapat membongkar misteri itu?

Telemove Beringin akan menemui anda pada Sabtu, 8 April jam 9 Malam. Sudah tentu hanya di saluran Astro Citra 131 dan Astro Mustika 134. Jangan tengok telemovie ini sorang –sorang.

*Sara Ali melalui Instagramnya berkata inilah cerita seram paling terbaik yang pernah dia lakonan. Kalau Sara Ali yang berkata begitu, sudah tentu Beringin menjanji sesuatu.

Sumber Astro dan Sara Ali

Advertisements