Trailer Spider-Man Homecoming yang kedua sudahpun keluar sebentar tadi, dan menjanjikan watak yang lebih penting dan mendalam bagi antagonis utama filem ini, Adrian Toomes atau lebih dikenali sebagai Vulture, yang dimainkan oleh Michael Keaton.

17760183_1806945836292575_2681634156445823959_n

Penerbit filem Spider-Man Homecoming, Eric Hauserman Caroll telah mendedahkan dalam satu sesi termuramah bersama USA Today, bahawa karakter Vulture bukan sebuah karakter antagonis yang klise’, tetapi seorang yang mempunyai sebuah kehidupan yang biasa, dengan kerja yang stabil. Dia mempunyai masalah peribadi dengan karakter Tony Stark, dan seolah-olah satu refleksi gelap Tony Stark itu sendiri.

Perkara ini telah disahkan oleh pengarah filem itu sendiri, Jon Watts, yang memberi kepastian bahawa karakter Adrian Toomes, bersama dua konconya Shocker dan Tinkerer, mempunyai pelan yang realistik, dan bukan hanya mahu menghancurkan dunia semata-mata. Beliau beranggapan bahawa MCU adalah satu medium di mana karakter antagonis boleh diberi arka watak seperti mana-mana karakter lain, dan tidak semestinya perlu menjadi seorang ‘supervillain’ semata mata.

Jadi adakah Vulture mempunyai potensi untuk menjadi antagonis MCU yang terhebat setakat ini? Marilah kita saksikan sama-sama dalam Spider-Man : Homecoming, yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 6 JULAI 2017.

Sumber: movieweb.com & usatoday.com

Advertisements