Amaran: Ada spoiler sikit di  hadapan.

Jika ditanyakan kepada Big Boi apa yang beliau mahukan diminda nakalnya jika dia punya wang yang banyak sekali, dijawabnya tiga perkara liar yang selalu bermain di mindanya.
1. Dia mahukan koleksi kereta sport/mewah yang banyak.
2. Dia mahukan aweknya/bini/skandal atau bini kedua ketiga keempat yang lawa, body
mantop dan seksi yang tandasnya mestilah kelihatan sangat nice.
3. Dia mahukan kuasa tidak terlawankan oleh sesiapa.

Seperti dalam siri filem Fast And Furious, itulah juga yang Big Boi mahukan.
Dan sebelum menonton Fast 8, Big Boi punya harapan agar ada aksi-aksi power kereta berlumba, tembakan machine gun dan bazooka, aksi helikopter dan kapal terbang di udara… kapal terbang dah biasalah bang, kali ni kapal selam pulak! Dan aksinya mesti terus menerus tanpa henti dari saat pertama hingga ke ending. What’s a suprise Big Boi…

Cuma satu Big Boi tak pernah ambil tahu atau beritahu, iaitu perihal skripnya…
adakah beliau mahu seratus skrip filem Fast And Furious yang akan datang sama seperti imaginasinya yang biasa-biasa itu?

Bagi peminat franchise Fast And Furious, kali mereka berasa agak kecewa kerana aksinya  tidak terus menerus meletop sepanjang filem dan sedikit sebanyak ketiadaan Brian yang ‘sebenar’ juga mengangu tumpuan. Bagi peminat lumba kereta pula ia bukan pasal perlumbaan kereta lagi biarpun disogokkan perlumbaan mengunakan kereta antik di awal cerita.

Bagi saya pula, Dom, jangan kau posing badan ke belakang sambil kau berpaling perlahan-lahan ke arah skrin. Jangan! Arrrggghh… dah terlambat, dia baru saja buat tadi. Aksinya agak ok bagi saya. Biarpun ia kurang ditonjolkan sepanjang filem ia tetap memberi impak yang besar, terutamanya aksi terakhir di kawasan bersalji tu.

‘Prison fight terhebat pernah dibikin’ sering dicanang Dwayne ‘The Rock’ Johnson ketika mempromosikan Fast 8 ternyata palsu dan teruk. Ia cuma aksi gimnastik dan aksi Big Boi yang belagak, tidak lebih dari itu.

Zombie car chase.

Pernah tengok filem World War Z tak?

Ya, filem fasal zombie mengejar manusia beramai-ramai dengan pantas sebab terkena Virus Z tu, kali ini kereta full specs pula terkena virus akibat digodam. Ia agak bodoh bagi mereka yang tidak tahu bahawa di zaman serba moden ini, yakni di tahun 2017 ini, memandu kereta secara kawalan jauh ataupun auto drive bukanlah satu perkara mustahil lagi. Cumanya ia belum praktikal sepenuhnya. Apa-apa pun aksinya ok bagi saya.

Cara filem ini dibikin dan hasil arahannya untuk keseluruhan filem ini mengecewakan. Biarpun ia filem mesti box office dan skripnya buruk, tidak semestinya tidak boleh dibikin dengan elok sikit oleh sang pengarah. Dialog di antara watak-watak utama sangat teruk dan tidak meninggalkan kesan. Adalah satu babak sedih yang boleh dihadam, tapi setakat itu ajalah. Bab komedi yang super corny juga satu hal. Aksi ajalah yang boleh tahan.

Keseluruhan filem ini berbanding francaisnya yang terdahulu, bagi saya lebih kurang aja adanya. Ada kereta lumba dengan crowd, ada perempuan seksi menari sambil menayangkan ‘toilet’nya. Tiap-tiap filem mesti kena adakah scene itu? Star Wars: Rogue One pun dah tinggalkan tradisi The Crawl setelah filem kelapan dalam franchisenya dengan berlagak sekali dan tanpa ada rasa bersalah. Akibatnya Rogue One diangkat sebagai salah satu di antara yang terbaik didalam francaisnya.

Ini tulisan saya mengenai sebuah filem sebagai sebuah filem bukan sebagai sebuah
kereta.

p/s: Kereta tayar lipan tu pinjam kat francais Mad Max ya…

Rating: 5/10

Ditulis oleh: Faizal Rx – penulis jemputan Movie Addict

fast8 3

Fast And Furious 8 (2017)
Genre: Aksi,Jenayah
Pengarah: F. Gary Gray
Pengedar: United International Pictures
Tarikh Tayang: 13 April 2017

Advertisements