Filem ini diadaptasi oleh pengarah hebat Barry Levinson (Rain Man, Wag the Dog) daripada buku yang berjudul sama tulisan Diana B. Henriques. Berdasarkan kepada kisah sebenar mengenai Bernie Madoff, pemilik sebuah syarikat pelaburan yang kantoi menggunakan wang para pelaburnya untuk money game ala Skim Ponzi paling besar dalam sejarah moden sekitar USD50 bilion. Akibatnya pada tahun 2009, beliau telah dihukum penjara selama 150 tahun!

wizard_of_lies_xlg

Liciknya Bernie Madoff ni sampai berpuluh tahun buat kerja jahat ni tanpa pengetahuan isteri dan anak-anaknya. Tapi apabila segalanya terbongkar, habis kesemuanya terpalit sekali.

Robert de Niro diberi penghargaan untuk melakonkan watak Bernie Madoff, manakala Michelle Pfeiffer pula sebagai isterinya, Ruth Madoff.

Filem ini akan ditayangkan secara eksklusif di saluran HBO bagi rantau Asia bermula 21 Mei 2017! Jom layan dulu trailer filem ni.