19030665_10208837385882466_7153638416102635142_n (1)

Istimewa buat pembaca-pembaca Movie Addict Malaysia, kami bakal mengadakan Tayangan Premiere filem yang amat ditunggu-tunggu, WAR FOR THE PLANET OF THE APES, sebuah filem dari francais blockbuster epik terkenal. Terima kasih buat rakan pengedar kami di 20th Century Fox. Tiket-tiket ke tayangan premiere filem ini bakal dihadiahkan kepada para pembaca Movie Addict Malaysia yang bertuah.

WAR FOR THE PLANET OF THE APES merupakan sekuel kepada filem Dawn of the Planet of the Apes, filem ketiga bagi francais ‘reboot’ yang bermula dengan Rise of the Planet of the Apes. Filem arahan Matt Reeves ini turut dibintangi oleh Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Toby Kebbell. Bakal berada di pawagam mulai 13 Julai 2017 tapi istimewa buat pembaca Movie Addict Malaysia, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 12 Julai 2017.

Sinopsis: War for the Planet of the Apes merupakan sambungan ketiga filem dari francais blocbuster yang mendapat pengiktirafan peminat dan pengkritik filem. Kali ini Caesar dan kelompoknya telah terjerumus dalam konflik merbahaya berdepan dengan sekumpulan askar manusia yang diketuai oleh seorang kolonel yang kejam. Setelah mengalami kekalahan teruk, Caesar bergelut dengan sisi gelapnya dan bermulalah pengembaraan beliau bagi membalas dendam. Caesar akhirnya dipertemukan dengan kolonel dalam satu pergelutan epik yang bakal menentukan nasib dan masa depan spesisnya.

Trailer: https://youtu.be/9DpMyEgVCBU

Butiran Tayangan Premiere Movie Addict Malaysia – WAR FOR THE PLANET OF THE APES
Tarikh: 12 Julai 2017
Masa Pendaftaran: 8:00malam
Tayangan Filem: 9:00malam
Tempat: GSC 1 Utama,Damansara

Untuk menang tiket ke tayangan premiere WAR FOR THE PLANET OF THE APES, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

1) LIKE entry post.
2) JAWAB dua soalan mudah di entry post.
3) TAG 10 orang rakan anda di entry post (digalakkan untuk tag mereka yang belum mengenali fb page MAM)
4) MINTA rakan anda LIKE komen anda.
5) SHARE entry post dengan ayat “Raikan filem WAR FOR THE PLANET OF THE APES bersama Movie Addict Malaysia. Di pawagam bermula 13 Julai 2017” berserta hashtag #PremiereWithMA, #WarForThePlanetMY, #WarForThePlanetMAM. (setkan privacy pada PUBLIC).
6) LIKE fanpage Movie Addict Malaysia
7) FOLLOW Twitter @movieaddictmy
8) FOLLOW Instagram @movieaddictmy
9) ISI butiran peribadi anda di: http://bit.ly/PremiereWithMA-WarForThePlanet

Soalan:
1) Siapakah yang membawa watak Caesar.
2) Namakan komposer muzik bagi filem ini.

Tarikh tutup penyertaan: 9 Julai 2017.

Pemenang akan dihubungi oleh Movie Addict Malaysia melalui Facebook dan wajib respon atau tiket akan diberikan pada pemenang yang lain.

Selepas menonton, sila berikan postitif feedback anda pada filem ini melalui laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram) berserta dengan hashtag #PremiereWithMA
#WarForThePlanetMY
#WarForThePlanetMAM
untuk melayakkan anda memenangi tiket-tiket premiere di masa akan datang!

Terima kasih kepada 20th Century Fox atas tajaan hadiah.
Facebook.com/foxmovies.my

-NAS-
#PremiereWithMA
#WarForThePlanetMY
#WarForThePlanetMAM
#RaikanFilemBersamaMA