19224975_10208883448033991_7252695759630916994_n (1)Istimewa buat pembaca-pembaca Movie Addict Malaysia, kami bakal mengadakan Tayangan Premiere filem yang amat ditunggu-tunggu, DUNKIRK, sebuah filem epik blockbuster genre perang daripada pengarah terkenal, Christopher Nolan. Terima kasih buat rakan pengedar kami, Warner Bros Pictures. Tiket-tiket ke tayangan premiere filem ini bakal dihadiahkan kepada para pembaca Movie Addict Malaysia yang bertuah.

DUNKIRK merupakan buah tangan terbaru sutradara Christopher Nolan. Ya. Pengarah filem yang diangkat tinggi oleh peminat dan pengkritik filem dengan portfolio cemerlang seperti filem Interstellar, Inception, The Dark Knight trilogy. Filem perang aksi thriller yang ditulis sendiri oleh Christopher Nolan ini turut dibintangi Fionn Whitehead,Tom Glynn-Carney, Jack Lowden, Harry Styles, Aneurin Barnard, James D’Arcy, Barry Keoghan, Kenneth Branagh, Cillian Murphy, Mark Rylance dan Tom Hardy. Bakal berada di pawagam mulai 20 Julai 2017 tapi istimewa buat pembaca Movie Addict Malaysia, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 18 Julai 2017.

Sinopsis: DUNKIRK bermula apabila ratusan ribu tentera British dan pihak bersekutu telah dikepung oleh tentera musuh. Terperangkap antara laut dan kemaraan musuh, tentera British dan pihak bersekutu ini terpaksa menghadapi jalan sukar apabila tentera musuh semakin hampir. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka. Mampukah mereka menghadapi kemelut ini.

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=T7O7BtBnsG4

Butiran Tayangan Premiere Movie Addict Malaysia – DUNKIRK
Tarikh: 18 Julai 2017
Masa Pendaftaran: 8:00malam
Tayangan Filem: 9:00malam
Tempat: MBO The Starling Cinema, Damansara

Untuk menang tiket ke tayangan premiere DUNKIRK, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

1) LIKE entry post.
2) JAWAB dua soalan mudah di entry post.
3) TAG 10 orang rakan anda di entry post (digalakkan untuk tag mereka yang belum mengenali fb page MAM)
4) MINTA rakan anda LIKE komen anda.
5) SHARE entry post dengan ayat “Raikan filem DUNKIRK bersama Movie Addict Malaysia. Di pawagam bermula 20 Julai 2017” berserta hashtag #PremiereWithMA, #DunkirkMY, #DunkirkMAM. (setkan privacy pada PUBLIC).
6) HANYA followers Movie Addict Malaysia sahaja yang layak menyertai peraduan ini. 
7) ISI butiran peribadi anda di: http://bit.ly/PremiereWithMA-DunkirkMY

Soalan:
1) Pengarah/penulis/penerbit filem DUNKIRK ini pernah menghasilkan The Dark Knight trilogy, Interstellar, Inception dan Memento.
Nyatakan nama beliau.
2) Dalam DUNKIRK pelakon ini memegang watak Commander Bolton. Beliau juga seorang pengarah ternama yang sedang dalam proses menyiapkan projek filem terbaru Murder on the Orient Express. Portfolio beliau sebagai pelakon antaranya dalam filem Hamlet, Henry V dan Harry Potter and the Chamber of Secrets.
Nyatakan nama beliau.

Tarikh tutup penyertaan: 15 Julai 2017.

Pemenang akan dihubungi oleh Movie Addict Malaysia melalui Facebook dan wajib respon atau tiket akan diberikan pada pemenang yang lain.

Selepas menonton, sila berikan postitif feedback anda pada filem ini melalui laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram) berserta dengan hashtag #PremiereWithMA
#DunkirkMY
#DunkirkMAM
untuk melayakkan anda memenangi tiket-tiket premiere di masa akan datang! Oh! Jangan lupa mengikuti Movie Addict Malaysia @movieaddictmy di Facebook, Twitter, dan Instagram. 

Terima kasih kepada Warner Bros Pictures atas tajaan hadiah.
Sila layari laman sosial Warner Bros Malaysia.
FB: Facebook.com/WarnerBrosMalaysia
IG: Instagram.com/warnerbrosmalaysia

-NAS-
#MATrendy
#PremiereWithMA
#DunkirkMY
#DunkirkMAM
#RaikanFilemBersamaMA