Istimewa buat pembaca-pembaca Movie Addict Malaysia, kami bakal mengadakan Tayangan Premiere filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN. Terima kasih buat rakan pengedar Warner Bros Pictures, tiket-tiket ke tayangan premiere filem ini bakal dihadiahkan kepada para followers Movie Addict Malaysia yang bertuah.

Filem sulong arahan Michael Chaves ini bercerita tentang puaka La Llorona, puaka yang terkenal dalam kisah lagenda masyarakat Mexico. Puaka ini gemar menculik kanak-kanak lantas membunuh mereka. Michael Chaves dipilih sebagai sutradara filem ini setelah beliau berjaya mengungguli anugerah Shriekfest 2016 Best Super Short Horror Film Award untuk filem pendeknya berjudul The Maiden. THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN dikhabarkan mempunyai aura seram mirip filem Conjuring atas penglibatan James Wan sebagai penerbit filem ini bersama dengan Emile Gladstone dan Gary Dauberman.

THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN bakal berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 April 2019 tapi istimewa buat pembaca Movie Addict Malaysia, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 17 April ini.

Sinopsis: THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN mengisahkan Anna Garcia, seorang pekerja sosial yang membesarkan dua anaknya seorang diri. Suatu hari, beliau ditugaskan untuk menyiasat satu kes yang melibatkan jenayah. Beliau mendapati kes tersebut mempunyai persamaan dengan gangguan makhluk halus yang dihadapi keluarganya. Dengan bantuan seorang pawang, Anna akhirnya menyedari puaka La Llorona telah menempel dalam keluarganya. La Llorona merupakan puaka yang terkenal dalam kisah lagenda masyarakat Mexico. Puaka ini tidak akan pergi selagi ia tidak mengambil anak si Anna.

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=uJnQwM7d3mo

Butiran Tayangan Premiere Movie Addict Malaysia – THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN

Tarikh: 17 April 2018

Masa Pendaftaran: 8.00malam

Tayangan Filem: 8.30 malam

Tempat: MBO Atria Shopping Gallery

CARA UNTUK SERTAI:

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti tertera dalam gambar.

Tarikh tutup penyertaan: 16 April 2019.

Kongsikan pengalaman menonton anda melalui laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram) berserta dengan hashtag

@movieaddictmy

#PremiereWithMA

#WeepingWomanMY

untuk melayakkan anda memenangi tiket-tiket premiere di masa akan datang!

Oh! Jangan lupa jadi mengikuti Movie Addict Malaysia @movieaddictmy di Facebook, Twitter, Instagram, Youtube.

-NAS-

#MATrendy

#PremiereWithMA

#WeepingWomanMY

Warner Bros. Pictures