Istimewa buat pembaca-pembaca Movie Addict Malaysia, kami bakal mengadakan Tayangan Perdana filem JOKER. Terima kasih buat rakan pengedar Warner Bros. Pictures, tiket-tiket ke tayangan premiere filem ini bakal dihadiahkan kepada para followers Movie Addict Malaysia yang bertuah.

Mengambil adaptasi watak jahat lagenda dari komik DC, JOKER dipersembahkan sebagai sebuah ‘psychological thriller’ oleh sutradara Todd Phillips. Kali ini Joaquin Phoenix diberi kepercayaan untuk membawa watak Joker.

Filem ini merupakan permulaan dalam label DC Black, di mana setiap filem merupakan filem ‘stand alone’ dan tidak ada kaitan dengan dunia DCEU yang sedia ada. Filem yang ditulis oleh Todd Philips dan Scott Silver ini, turut dibintangi oleh bintang ternama seperti Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy, Brett Cullen, dan Marc Maron.

JOKER bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2019 tapi istimewa buat pembaca Movie Addict Malaysia, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 1 Oktober ini.

Sinopsis: JOKER bercerita tentang asal perjalanan watak Joker sebelum beliau menjadi si jahat pencetus huru-hara. Ia mengisahkan Arthur Fleck, seorang pelawak yang gagal dalam hidup dan kerjayanya. Hanya kerana satu kejadian malang yang menimpa, Arthur berubah menjadi seorang penjenayah dan pencetus huru-hara di kota Gotham.

Trailer Filem:

Butiran Tayangan Premiere Movie Addict Malaysia – JOKER

Tarikh: 1 Oktober 2019

Masa Pendaftaran: 8:00 malam

Tayangan Filem: 9:00 malam

Tempat: GSC 1 Utama

CARA UNTUK SERTAI:

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti tertera dalam gambar.

Tarikh tutup penyertaan: 30 September 2019.

Selepas menonton, sila berikan ‘positif feedback’ anda terhadap filem ini melalui laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram) berserta dengan hashtag #PremiereWithMA

#JokerMY

untuk melayakkan anda memenangi tiket-tiket premiere di masa akan datang!

Oh! Jangan lupa jadi mengikuti Movie Addict Malaysia @movieaddictmy di Facebook, Twitter, Instagram, Youtube.

-NAS-

#PremiereWithMA

#MAIndieColumn

#JokerMY

#JokerMovie